Kapal persiaran Adora Flora City akan lakukan pelayaran sulung pada November 2026

HomeFeaturedBerita Semasa

Kapal persiaran Adora Flora City akan lakukan pelayaran sulung pada November 2026

GUANGZHOU,. Kapal persiaran buatan China Adora Flora City dijadual memulakan pelayaran sulungnya pada 22 November 2026.Kapal itu akan berlepas dar

Lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan jetski hanyut di Langkawi
Perjanjian buka semula Selat Hormuz mungkin dicapai tidak lama lagi – Trump
675 MAUT, 2,498 HILANG DALAM GELONGSORAN LUMPUR DI NEPAL – PIHAK BERKUASA

GUANGZHOU,. Kapal persiaran buatan China Adora Flora City dijadual memulakan pelayaran sulungnya pada 22 November 2026.

Kapal itu akan berlepas dari Pelabuhan Induk Kapal Persiaran Antarabangsa Nansha di Guangzhou bagi musim pelayaran pertamanya, menurut syarikat pengendali Adora Cruises.

Tempahan tiket bagi laluan pelayaran kapal itu mula dibuka pada 20 Mei.

Selain laluan biasa, Adora Flora City turut menawarkan pakej “Southeast Asian Charms” selama sembilan hari lapan malam selain pakej pelayaran ke Hong Kong selama empat hari tiga malam sempena sambutan Tahun Baharu.

Kapal itu juga akan menawarkan pakej “Maritime Silk Road Discovery” selama 17 hari 16 malam, membawa pelancong mengunjungi enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Adora Flora City ialah kapal persiaran bersaiz besar kedua yang dibangunkan China. Kapal sepanjang 341 meter itu mampu membawa sehingga 5,232 penumpang pada satu-satu masa.

SUMBER;

–BERNAMA