KAPAL TANGKI TERBAKAR SELEPAS TERKENA PROJEKTIL TIDAK DIKETAHUI DI SELAT HORMUZ

HomeFeaturedBerita Semasa

KAPAL TANGKI TERBAKAR SELEPAS TERKENA PROJEKTIL TIDAK DIKETAHUI DI SELAT HORMUZ

ISTANBUL,. Sebuah kapal tangki terkena projektil tidak diketahui ketika melalui Selat Hormuz pada Khamis, menyebabkan kebakaran di atas kapal itu, lap

PM Anwar berlepas ke Ethiopia, persinggahan pertama dalam lawatan ke tiga negara di Afrika
MIHAS 2026 JADI PLATFORM PRAKTIKAL HUBUNGKAN USAHAWAN MALAYSIA, CHINA – MEEDC
PENGAWAL SELIA IRELAND DENDA GOOGLE €400 JUTA KERANA PELANGGARAN GDPR

ISTANBUL,. Sebuah kapal tangki terkena projektil tidak diketahui ketika melalui Selat Hormuz pada Khamis, menyebabkan kebakaran di atas kapal itu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Organisasi itu memaklumkan pihaknya menerima laporan daripada pihak ketiga mengenai kejadian berkenaan pada 1750 GMT.

Menurut UKMTO, anak kapal dilaporkan selamat, manakala tahap kerosakan pada kapal tangki itu serta sebarang kesan terhadap alam sekitar masih belum diketahui.

Terdahulu, agensi berita separa rasmi Iran, Fars yang memetik sumber tempatan melaporkan sebuah kapal tangki besar berkapasiti 2.5 juta tong terkena serangan kira-kira lapan kilometer dari pantai Oman dan terbakar.

Fars memaklumkan kapal itu belayar melalui “laluan yang tidak dibenarkan” di Selat Hormuz.

— BERNAMA-ANADOLU