Kedah menang tipis ke atas Penang FC

Kedah menang tipis ke atas Penang FC

ALOR SETAR,. Selepas hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan terdahulu, Kedah Darul Aman FC akhirnya berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menang tipis 1-0 ke atas pasukan jiran, Penang FC, dalam saingan Liga Super 2022, pada Jumaat.

Penyerang import dari Cameroon Ronald Ngah Wanja, muncul wira Kedah apabila jaringannya sudah cukup membantu naib juara Liga Super 2021 itu, menang pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak di antara satu sama lain, namun kedua-dua pasuan buntu untuk mendapatkan gol.

Bersambung babak kedua, Kedah tidak menunggu lama untuk menceriakan penyokong mereka apabila Ronald akhirnya berjaya memecah kebuntuan, dengan mudah menolak masuk lorongan cantik Mohd Al Hafiz Harun untuk meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-55, dan kedudukan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Kedah kini kekal di tangga ketujuh dengan 21 mata, manakala Penang FC pula masih di berada di tangga terbawah liga dengan tujuh mata.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)