KEMENTERIAN PENYATUAN KOREA SELATAN RANCANG HANTAR LEBIH 1,400 PERALATAN PERUBATAN KE HOSPITAL PYONGYANG

HomeFeaturedBerita Semasa

KEMENTERIAN PENYATUAN KOREA SELATAN RANCANG HANTAR LEBIH 1,400 PERALATAN PERUBATAN KE HOSPITAL PYONGYANG

SEOUL,. Kementerian Penyatuan Korea Selatan menyediakan senarai lebih 1,400 peralatan perubatan, termasuk defibrilator luaran automatik, untuk dihanta

Hasil cukai Singapura bagi tahun kewangan 2025/2026 naik 9.4 peratus kepada S$97.3 bilion
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok
JAS LAKSANA 1,418 TINDAKAN PENGUATKUASAAN, PEMANTAUAN SEPANJANG JEREBU

SEOUL,. Kementerian Penyatuan Korea Selatan menyediakan senarai lebih 1,400 peralatan perubatan, termasuk defibrilator luaran automatik, untuk dihantar ke Korea Utara sebagai sebahagian program bantuan perubatan kemanusiaan, menurut dokumen yang didedahkan pada Ahad, lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut dokumen yang dikemukakan kementerian itu kepada Ahli Parlimen Kim Dae-sik daripada Parti Kuasa Rakyat, sebanyak 1,431 peralatan perubatan merangkumi 166 kategori dirancang dihantar ke sebuah hospital di Pyongyang untuk kegunaan diagnosis, pembedahan dan rawatan.

Peralatan itu termasuk alat diagnostik seperti mesin X-ray, stetoskop dan alat pemantau tekanan darah, selain meja pembedahan serta peralatan lain untuk pembedahan dan rawatan.

Kementerian itu berkata pemilihan peralatan dibuat melalui perundingan dengan Yayasan Korea bagi Penjagaan Kesihatan Antarabangsa dan pakar perubatan, sambil menambah bahawa rancangan itu masih bergantung kepada perbincangan dengan pihak Korea Utara dan mungkin berubah.

Kos dianggarkan sebanyak US$6.75 juta.

Kementerian itu memperoleh pengecualian sekatan daripada Jawatankuasa Sekatan Korea Utara Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Mei bagi membolehkan peralatan berkenaan disalurkan.

Memandangkan pertukaran antara kedua-dua Korea dan saluran dialog hampir tidak wujud susulan hubungan yang semakin tegang, kesediaan Pyongyang menerima bantuan itu masih belum jelas.

Sebahagian anggota Perhimpunan Kebangsaan menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan berkenaan dengan mendakwa peralatan perubatan itu mungkin disalah guna untuk pengeluaran senjata biokimia atau digunakan semula bagi mengesan kecacatan dalam sistem persenjataan.

Menteri Penyatuan Chung Dong-young menolak kebimbangan itu dalam satu sesi Parlimen baru-baru ini dengan berkata bantuan perubatan kemanusiaan tidak seharusnya dikaitkan dengan dasar ketenteraan Korea Utara dan keadaan perubatan di negara itu cukup serius sehingga memerlukan bantuan segera.

— BERNAMA-YONHAP