PERHILITAN SIASAT TAPIR BERKELIARAN DI TEPI JALAN DI DUNGUN

HomeFeaturedBerita Semasa

PERHILITAN SIASAT TAPIR BERKELIARAN DI TEPI JALAN DI DUNGUN

DUNGUN,. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang menyiasat dakwaan seekor tapir berkeliaran di laluan utama

Dua penyelidik UMT terima geran antarabangsa lebih RM3 juta bagi projek pemuliharaan bakau
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri hingga 5 petang ini
Media sosial pacu pertumbuhan pesat ‘pelancongan durian’ di Malaysia

DUNGUN,. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang menyiasat dakwaan seekor tapir berkeliaran di laluan utama Jalan Dungun-Kuala Terengganu dekat Pulau Serai di sini, Jumaat lepas.

Pengarahnya Dennis Ten Choon Yung berkata hasil temu bual dengan pekerja kedai berhampiran lokasi berkenaan, tapir itu dipercayai dilihat pada kira-kira 10 malam.

“Penduduk dan pengguna jalan raya di lokasi tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya terserempak dengan hidupan liar berkenaan dan tidak menghampiri atau mengganggunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata tapir tersebut dipercayai keluar dari kawasan Hutan Simpan Sungai Pimpin yang terletak kira-kira tiga kilometer dari lokasi ia dilaporkan berkeliaran.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial, haiwan berkenaan dilihat berkeliaran berhampiran sebuah kedai makan di tepi jalan raya namun tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada orang awam.

— BERNAMA