Kerajaan disaran tingkatkan usaha cegah penyalahgunaan dadah dengan pendekatan baharu

Kerajaan disaran tingkatkan usaha cegah penyalahgunaan dadah dengan pendekatan baharu

KUALA LUMPURK,. erajaan disaran mengambil tindakan lebih proaktif dalam memberi kesedaran dan pengetahuan awal kepada kanak-kanak mengenai keburukan penyalahgunaan dadah.

Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Datuk Jamelah A Bakar berkata, usaha ke arah itu tidak cukup dengan hanya gerak kerja oleh badan bukan kerajaan (NGO).

“Pemadam sendiri ada anjurkan program pencegahan dadah di sekolah, tetapi kita ni NGO, kerajaan harus ke hadapan…orang politik harus ambil tahu tentang masalah (dadah di dalam) negara kita sebelum ia terus merebak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Persembahan Pertukaran Budaya Tarian Malaysia-China anjuran Pemadam dengan kerjasama Nixon International Humanitarian Organisation (NIHO) dan Sky Dance Studio di sini, Sabtu malam.

Jamelah berkata, program berkenaan adalah antara pendekatan baharu Pemadam untuk merapatkan diri dengan kanak-kanak dan dalam masa sama memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai keburukan dadah.

Seramai 31 kanak-kanak merangkumi 13 daripada beberapa sekolah rendah tempatan dan 18 lagi dari China terlibat dalam persembahan tarian itu yang bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali latar belakang kesenian dan kebudayaan kedua-dua negara.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )