KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membant
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu e-waste.
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 6.30 petang pada Khamis selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
“Siasatan dijalankan bagi meneliti dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” kata sumber.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dengan siasatan dilakukan mengikut Akta SPRM 2009.
Tegas beliau, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.
-Agensi

