JIM TAHAN 114 WARGA ASING DI DUA PUSAT HIBURAN DI BUKIT MERTAJAM

HomeFeaturedJenayah

JIM TAHAN 114 WARGA ASING DI DUA PUSAT HIBURAN DI BUKIT MERTAJAM

BUKIT MERTAJAM,. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 114 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di

China seru jurang digital dirapatkan, kerjasama terbuka diperkukuh
Hakim Danish raih tempat ke-12 di GP Aragon
Harga minyak di pam tidak turun, ikut bekalan semasa harga minggu lepas – MOF

BUKIT MERTAJAM,. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 114 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan bersepadu di dua pusat hiburan di sini, dua hari lepas.

JIM Pulau Pinang dalam hantaran di Facebook memaklumkan, operasi di pusat hiburan di Jalan Keranji, Taman Mutiara dan Jalan Kulim, Taman Machang Bubok itu dilaksanakan dengan kerjasama JIM Putrajaya.

“Sebanyak 64 individu ditahan di pusat hiburan pertama membabitkan 44 wanita warga Thailand, 14 wanita warga Laos, dua wanita transjantina warga Laos, dua lelaki warga Myanmar dan masing-masing seorang lelaki warga Bangladesh serta Nepal.

“Dalam operasi di pusat hiburan kedua pula, sebanyak 50 individu ditahan terdiri daripada 29 wanita warga Thailand, 14 wanita warga Laos, seorang wanita warga Vietnam dan enam lelaki warga Myanmar,” menurut hantaran berkenaan.

JIM Pulau Pinang memaklumkan operasi bersepadu itu mencerminkan komitmen untuk memperkukuh penguatkuasaan menerusi perkongsian kepakaran dan tindakan lebih menyeluruh bagi membanteras kegiatan yang melanggar undang-undang imigresen.

Menurut hantaran itu, JIM Pulau Pinang akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang selain memelihara kedaulatan serta keselamatan negara.

— BERNAMA