China seru jurang digital dirapatkan, kerjasama terbuka diperkukuh

HomeFeaturedBerita Semasa

China seru jurang digital dirapatkan, kerjasama terbuka diperkukuh

BEIJING,. China menyeru masyarakat antarabangsa supaya merapatkan jurang digital dan memperkukuh kerjasama terbuka bagi memastikan pembangunan perdaga

Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
Sistem panggilan kecemasan baharu negara NG999 beroperasi mulai hari ini
Kerajaan sentiasa tambah baik jaringan SARA usaha bantu rakyat

BEIJING,. China menyeru masyarakat antarabangsa supaya merapatkan jurang digital dan memperkukuh kerjasama terbuka bagi memastikan pembangunan perdagangan digital membawa manfaat yang lebih inklusif kepada lebih banyak negara.

Jurucakap Kementerian Luar China yang juga Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Media, Komunikasi dan Diplomasi Awam Guo Jiakun berkata pembangunan ekonomi digital membawa perubahan baharu kepada perdagangan antarabangsa, termasuk memudahkan kesalinghubungan pasaran antara negara.

Beliau berkata ekonomi global mempunyai prospek luas, namun turut berdepan cabaran dan perubahan baharu termasuk jurang digital, halangan perdagangan baharu serta perubahan dalam peraturan global.

“Dalam menghadapi arus deras pembangunan ekonomi digital, mereka yang menyesuaikan diri dengannya akan berkembang maju, manakala mereka yang menentangnya akan ketinggalan. Masyarakat antarabangsa perlu bertindak selaras dengan trend itu. Dalam proses memajukan pembangunannya sendiri, China mengemukakan tiga pendekatan berdasarkan amalan jangka panjang.

“Kita perlu meningkatkan kesalinghubungan digital bagi menggalakkan perdagangan yang lebih bebas; merapatkan jurang digital bagi menggalakkan perdagangan yang lebih inklusif; dan menambah baik tadbir urus digital bagi menggalakkan perdagangan yang lebih teratur,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Guo berkata China mementingkan kerjasama terbuka dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dan perdagangan digital, termasuk memperkukuh kesalinghubungan digital serta merapatkan jurang digital.

Sehubungan itu, beliau berkata China akan mengambil tindakan praktikal untuk menyumbang kepada perdagangan digital global, sambil menambah negara itu mempunyai pasaran yang besar dengan permintaan pengguna yang kukuh dan bersedia berkongsi manfaat pembangunannya dengan semua negara.

“China akan terus memperkukuh sokongan terhadap industri digital dan memperkasa pembangunan ekonomi digital global,” katanya.

Mengenai kecerdasan buatan (AI), Guo berkata pembangunan teknologi seperti AI di China berpegang pada konsep sumber terbuka dan keterbukaan, termasuk berkongsi manfaat digital seperti model AI berskala besar yang boleh disertai semua negara.

Beliau berkata China juga akan terus mengoptimumkan persekitaran pembangunan digital, secara aktif menambah baik peraturan antarabangsa serta menyumbang kebijaksanaan China dalam bidang itu.

Sementara itu, Guo berkata pemimpin asing dalam ucapan mereka pada majlis perasmian Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) kelima hari ini menyifatkan acara itu sebagai platform penting bagi kerjasama antara negara, pembangunan bersama serta perkongsian hasil pembangunan.

Beliau berkata mereka turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan China bagi merapatkan jurang digital dan membina aturan baharu perdagangan digital yang adil, inklusif, selamat serta memberi manfaat kepada seluruh dunia.

GDTE kelima berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Besar Hangzhou dari 23 hingga 27 Sept, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri majlis perasmiannya.

Ekspo lima hari itu merupakan antara platform utama ekonomi digital China yang mengetengahkan kecerdasan buatan (AI) dan kerjasama global.

— BERNAMA