SURUHANJAYA TINGGI BRITISH DI KUALA LUMPUR ADAKAN UPACARA HARI PERINGATAN DI TUGU NEGARA

HomeFeaturedBerita Semasa

SURUHANJAYA TINGGI BRITISH DI KUALA LUMPUR ADAKAN UPACARA HARI PERINGATAN DI TUGU NEGARA

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada Ahad mengadakan upacara tahunan Hari Peringatan (Remembrance Sunday) di Tugu Negara bag

323 rakyat Malaysia di Qatar daftar untuk dibawa pulang, penerbangan dijangka minggu depan
Bekalan ayam, telur dijangka stabil menjelang Ramadan – Mohamad Sabu
Diplomat AS tinggalkan mesyuarat PBB ketika wakil Perancis berucap

KUALA LUMPUR,. Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur pada Ahad mengadakan upacara tahunan Hari Peringatan (Remembrance Sunday) di Tugu Negara bagi memperingati 81 tahun berakhirnya Perang Dunia Kedua serta mengenang jasa anggota tentera dan orang awam yang berkhidmat untuk negara masing-masing dalam kedua-dua Perang Dunia dan konflik bersenjata lain.

“Pengorbanan mereka mengingatkan kita bahawa keamanan tidak seharusnya dipandang ringan.”

“Hari ini, kita bertafakur sejenak bagi mengenang keberanian dan pengorbanan semua yang pernah berkhidmat ketika peperangan dan konflik, khususnya mereka yang gugur ketika mempertahankan negara.

“Ketika kita memperingati jasa mereka, kita memperbaharui tanggungjawab bersama untuk terus bekerjasama ke arah masa depan yang berteraskan keamanan dan persefahaman,” kata Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ajay Sharma.

Majlis itu menghimpunkan anggota kor diplomatik dan komuniti pertahanan, termasuk duta, pesuruhjaya tinggi, atase serta penasihat pertahanan.

Wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM), persatuan veteran Malaysia, pertubuhan tempatan dan sekolah turut menghadiri majlis berkenaan.

Upacara itu turut menampilkan persembahan oleh The International School @ Park City, sesi renungan oleh Reverend Dinesh Natorajan, bacaan puisi ‘The Soldier’ karya Rupert Brooke oleh Leftenan Jeneral (B) Datuk Johnny Lim Eng Seng serta ‘We Shall Keep the Faith’ karya Moina Michael oleh Kenneth Speldewinde.

Penasihat Pertahanan United Kingdom di Suruhanjaya Tinggi British, Kolonel James Green OBE, pula membacakan puisi ‘For the Fallen’ karya Robert Laurence Binyon.

Selepas bertafakur selama dua minit sebagai tanda penghormatan kepada mereka yang terkorban, upacara diakhiri dengan istiadat meletak kalungan bunga secara tradisi di kaki Tugu Peringatan (Cenotaph) sebagai penghormatan kepada mereka yang mengorbankan nyawa demi keamanan.

Hari Peringatan disambut pada Ahad kedua setiap November.

Sambutan itu menjadi peringatan kepada dunia mengenai warisan keamanan yang berkekalan serta pengorbanan generasi terdahulu.

Sumbangan anggota tentera lelaki dan wanita dari Britain, negara Komanwel serta negara lain yang terlibat dalam kedua-dua Perang Dunia dan konflik selepasnya turut dikenang dan dihargai.

Peranan penting orang awam sepanjang peperangan berkenaan dan konflik lain turut diberikan pengiktirafan.

— BERNAMA