KKM TERIMA PERUNTUKAN RM47.7 BILION, ISU DOKTOR KONTAK AKAN DINOKTAHKAN

HomeFeaturedBerita Semasa

KKM TERIMA PERUNTUKAN RM47.7 BILION, ISU DOKTOR KONTAK AKAN DINOKTAHKAN

KUALA LUMPUR,. Kementerian Kesihatan (KKM) menerima peruntukan bernilai RM47.7 bilion menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari

Kes denggi di Putrajaya turun 36.2 peratus, teknologi Wolbachia beri impak kawalan wabak
Kereta kebal Israel rempuh kenderaan UNIFIL
LALUAN KERETA API ULANG-ALIK JEPUN BERALIH KEPADA SISTEM TEMPAHAN

KUALA LUMPUR,. Kementerian Kesihatan (KKM) menerima peruntukan bernilai RM47.7 bilion menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan turut komited untuk menoktahkan isu doktor kontrak.

Beliau berkata sejak 2023, Kerajaan MADANI telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak termasuk 4,000 pada tahun ini.

“Pada 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap. Bermakna, selepas ini doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan,” kata beliau ketika membentangkan belanjawan bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” hari ini.

Anwar berkata bagi menghargai 47,000 anggota paramedik dan jururawat, kadar Bayaran Insentif Pos Basik akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan berbanding RM100 buat masa ini.

Selain itu, beliau berkata turut dinaikkan ialah Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100.

— BERNAMA