Konflik Asia Barat: AS–Iran capai perjanjian damai, operasi ketenteraan dihentikan serta-merta

HomeFeaturedBerita Semasa

Konflik Asia Barat: AS–Iran capai perjanjian damai, operasi ketenteraan dihentikan serta-merta

ISLAMABAD,. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memaklumkan, Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mencapai satu perjanjian damai selepas rundinga

Pameran Mainan Seni Asli Hong Kong Berskala Besar yang Pertama di Malaysia
MARA Prihatin, manifestasi berterusan MARA bantu masyarakat
Jerry Ambuting bukan lagi Ahli Kehormat RELA sejak 2014

ISLAMABAD,. Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memaklumkan, Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah mencapai satu perjanjian damai selepas rundingan antara kedua-dua pihak.

Menurut beliau, kedua-dua negara bersetuju untuk menamatkan operasi ketenteraan secara serta-merta dan berkekalan di semua medan konflik.

“Kedua-dua pihak mengisytiharkan penamatan segera dan kekal terhadap operasi ketenteraan di semua kawasan, termasuk di Lubnan,” katanya menerusi satu hantaran di platform X.

Sharif turut memaklumkan, majlis pemeteraian rasmi perjanjian tersebut dijadual berlangsung pada 19 Jun di Switzerland.

Perkembangan itu dilihat sebagai langkah penting ke arah meredakan konflik yang berlarutan, sekali gus membuka ruang kepada usaha diplomatik bagi menstabilkan situasi di rantau berkenaan.

–Agensi