
Konsert Legenda The Blues Gang Apo Nak Di Kato
KUALALUMPUR,. Kumpulan legenda tempatan, The Blues Gang yang ditubuhkan pada tahun 1973, akan membuat persembahan Konsert Apo Nak Di Kato di (ZEPP KL), pada 9hb Ogos 2024, pada jam 8.00 Malam.
Kepada peminat The Bluse Gang sudah pastinya tidak sabar lagi menanti kemunculan Kumpulan kesayangan mereka ini Dengan beberapa Ahli Kumpulan tersebut Masih kekal bersama walaupun berbagai genre muzik dipasaran sekarang ini Bluse satu – satunya Muzik yang tetap kekal diminati ramai.
Muzik blues di Malaysia kurang mendapat pendedahan kalau diperhatikan. Genre ini ramai penganalisis dan sejarawan muzik bersetuju bahawa akar umbi rock, pop dan banyak lagi bermula dari “blues” pada tahun 40an di Amerika Syarikat.
Kalau ada pun, tak banyak yang diputarkan di radio-radio. Dari pengetahuan penulis, hanya Blues Gang, yang berjaya meninggalkan nama di persada muzik Malaysia.
muzik blues ni boleh di dengar dengan sentuhan bunyik gitarnya. Sama seperti Blues Gang, melalui sentuhan gitaris mereka iaitu Julian Mokhtar dan pemain keyboard Tok Ghani,Memang telah dikenali ramai.
Julian merupakan gitaris berdarah kacukan Inggeris dan Melayu. Apa yang menariknya tentang beliau adalah dia memainkan muzik blues dan mengadunkan bunyian gitarnya ke dalam lagu-lagu Melayu, kebanyakannya Melodi gitarnya memang kedengaran kemelayuan Bluesnya memang terasa sepeti petikan lagu Apo Nak Di Kato Jelas itu sentuhan beliau.
Dengan berbagai lagi sejarah sebelum dan selepas bagi setiap kumpulan itu biasa ada turun naik dan ada pasang surutnya, Blues Gang, juga menghibur kelab malam, dan di event Besar yang dianjurkan sentiasa mendapat tempat dimana sahaja seluruh pelusuk tanah air..
Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dan Jumpo Kawan Lamo adalah beberapa contoh. Lagu-lagu popular yang lain seperti Nyamondo, Oh! Mama, Saya Mahu Kahwin dan Mak Siti. Lagu Oh Inikah Dia pula adalah antara lagu yang sentiasa mendapat pemintaan peminat di corong – corong Radio.
Untuk mencipta karya seni yang indah, bukan semudah yang dapat di gambar dan didengari seperti sekarang ini ianya memerlukan pengorbanan dan masa, mereka sentiasa berjuang dengan Muzik mereka kedistinasi yang mereka inginkan,itu lah
Blues Gang yang kita kenali..
–Rahman