KONTRAKTOR WANITA RUGI HAMPIR RM45,000 TERPERDAYA TENDER PALSU

HomeFeaturedJenayah

KONTRAKTOR WANITA RUGI HAMPIR RM45,000 TERPERDAYA TENDER PALSU

JERTIH,. Seorang kontraktor wanita berusia 50 tahun kerugian RM44,800 selepas diperdaya menerusi tawaran tender palsu membekalkan kerusi dan meja kant

DEWAN PERS GELAR WARTAWAN HILANG SEMASA TUGASAN ANAK KRAKATAU SEBAGAI “PAHLAWAN MEDIA”
Kerajaan terus pantau kebajikan tiga ekor gajah yang dihantar ke Jepun
Pendakwah bebas disyaki selewang dana NGO disambung reman

JERTIH,. Seorang kontraktor wanita berusia 50 tahun kerugian RM44,800 selepas diperdaya menerusi tawaran tender palsu membekalkan kerusi dan meja kantin kepada sebuah institusi pendidikan di Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Rozaime Ab Rahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan mendapati mangsa dihubungi seorang individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah institusi pendidikan di Besut.

“Individu berkenaan turut mendakwa dirinya merupakan kontraktor daripada sebuah syarikat sebelum menawarkan tender membekalkan perabot tersebut dengan nilai keseluruhan RM112,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mempercayai tawaran tersebut kemudian diminta membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM44,800 melalui satu transaksi pindahan wang ke akaun bank yang diberikan suspek.

“Selepas pembayaran dibuat, individu berkenaan gagal dihubungi dan mangsa menyedari dirinya telah diperdaya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Mohd Rozaime berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti serta mengesan individu berkenaan, selain mendapatkan maklumat berkaitan transaksi kewangan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran tender atau kontrak yang diterima serta tidak membuat sebarang pembayaran sebelum memastikan kesahihan tawaran berkenaan terlebih dahulu.

— BERNAMA