SEOUL,. Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya menghantar pasukan penilaian ke Selat Hormuz bagi menilai situasi
SEOUL,. Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Selasa memaklumkan bahawa pihaknya menghantar pasukan penilaian ke Selat Hormuz bagi menilai situasi di kawasan itu, termasuk keadaan politik dan keselamatan, lapor Xinhua.
Kementerian itu menegaskan penilaian berkenaan tidak dibuat atas andaian bahawa penempatan tentera akan dilaksanakan.
Kementerian itu turut menafikan laporan bahawa Amerika Syarikat (AS) menetapkan tarikh akhir dalam permintaannya supaya Korea Selatan menempatkan asetnya di rantau berkenaan.
Menurut kementerian itu, tiada sebarang keputusan dibuat mengenai kemungkinan penempatan berkenaan.
Beberapa media Korea Selatan sebelum ini melaporkan pada Jumaat bahawa pihak tentera sedang membuat persiapan bagi kemungkinan penempatan ke laluan perairan strategik itu.
Mengikut undang-undang Korea Selatan, penempatan tentera di luar negara memerlukan keputusan Majlis Keselamatan Negara, pertimbangan Kabinet dan kelulusan Dewan Negara.
— BERNAMA-XINHUA

