KPM luas pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah

KPM luas pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah

ALOR GAJAH,. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperluaskan pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah bagi melahirkan lebih banyak pegawai integriti yang mempunyai pendekatan strategik dan taktikal untuk menyokong pelaksanaan serta pengurusan peningkatan integriti dalam kementerian.

Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan KPM Noor Azman Abdul Rahman berkata kawalan dalaman merupakan mekanisme amat penting bagi membanteras ketirisan, dan salah satu cara bagi mewujudkannya adalah menerusi pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah dengan kerjasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau berkata ketirisan, rasuah, salah guna kuasa, dan kecuaian boleh menyebabkan agenda pembangunan sesebuah organisasi terbantut dan gagal, namun hal ini dapat diatasi sekiranya wujud integriti dalam sistem sokongan organisasi KPM.

“Justeru saya melihat Program Pegawai Integriti Bertauliah KPM perlu dilaksanakan secara berterusan, terus kepada kelompok sasaran bagi memastikan usaha meningkatkan tadbir urus baik di peringkat kementerian, jabatan dan sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penutupan Enhancing Integrity Project (EIP) Program Pegawai Integriti Bertauliah KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Timbalan Pesuruhjaya Datuk Idris Zaharudin.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )