Lawatan Xi Jinping Perkukuh Perkongsian Strategik Malaysia-China

Lawatan Xi Jinping Perkukuh Perkongsian Strategik Malaysia-China

KUALA LUMPUR – Presiden China, Xi Jinping menyatakan kepuasan terhadap hasil lawatan negara ke Malaysia baru-baru ini, yang disifatkan beliau sebagai sangat berhasil dalam merapatkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata lawatan itu bukan sahaja menjadi simbolik kepada eratnya hubungan diplomatik, tetapi juga membuka lembaran kerjasama baharu dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi.

Antara pencapaian utama lawatan berkenaan ialah pemeteraian 31 dokumen persefahaman, termasuk beberapa perjanjian strategik yang memberi manfaat jangka panjang kepada kedua-dua negara.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This