Legenda Dalam sejarah Peradaban Manusia

Legenda Dalam sejarah Peradaban Manusia

Viral Hunterz

Pedang lagenda yang mempunyai ketajaman yang di akui yang dapat membelah lawan di miliki oleh pahlawan Islam
Tahukah anda, salah satu pedang yang dianggap sebagai legenda dalam sejarah peradaban manusia ialah pedang Damascus. Ia diakui sendiri oleh kebanyakan pakar metalurgi dunia sebagai pedang paling tajam di muka bumi.

Ketika berlangsungnya Perang Salib, pasukan tentera Eropah telah dikejutkan dengan kehebatan pedang yang dimiliki oleh pasukan tentera yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayubi.

Pedang tersebut bukan sahaja mampu menembusi baju zirah tentera Salib, bahkan turut berupaya memotong pedang pihak musuh. Inilah pedang Damascus, senjata legenda yang dikisahkan sebagai pedang paling tajam dan sempurna di dunia.

Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jeruusalem daripada cengkaman pihak Kristian selama hampir 100 tahun lamanya.

Dikatakan, salah satu sebab kekalahan tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan hanya sekali libasan. Ia berupaya untuk menembusi baju zirah, memotong pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada bilahnya.

Pedang ini dianggap lebih hebat daripada pedang Samurai dan pedang Excalibur milik Raja Arthur. Bahkan, ketajamannya turut ditafsirkan mampu untuk membelah sutera mahupun rambut ketika di udara.

Pedang buatan Damsyik yang turut dikenali sebagai pedang Persia ini telah membuatkan peradaban Barat ketika itu kagum. Mereka cuba mencari apakah rahsia sebenar di sebalik kehebatan pedang Damascus.

Setelah beberapa siri kajian dilakukan, mereka percaya bahawa pedang ini dihasilkan daripada material istimewa yang diimport khas dari India sehingga membuatkan ia benar-benar kuat dan tajam. Bagaimanapun, teknik pembuatannya begitu rahsia dan hanya beberapa orang sahaja tukang besi di Damsyik yang mampu menghasilkan pedang Damascus.

–Rahman

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)