Lembu, Kambing Mencukupi Memenuhi Tuntutan Hari Raya Aidiladha – Mohamad Sabu

Lembu, Kambing Mencukupi Memenuhi Tuntutan Hari Raya Aidiladha – Mohamad Sabu

SHAH ALAM,.Mohamad Sabu,berkata Bekalan daging lembu dan kambing mencukupi bagi memenuhi permintaan perayaan Hari Raya Aidiladha walaupun negara dijangka berdepan fenomena El Nino sehingga Julai.

Menteri Pertanian dan Sekuriti Makanan berkata lagi bekalan itu sentiasa dipantau oleh Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

“Kami dan agensi terbabit akan memastikan bekalan mencukupi dengan melakukan pemantauan berterusan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kota Raja di Seksyen 32, di sini semalam.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata cuaca panas berikutan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Julai.

Nik Nazmi berkata Kelantan, Perlis dan Kedah mengalami suhu yang lebih tinggi berbanding Selangor dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohamad mengakui fenomena El Nino turut menjejaskan penanaman padi di Kelantan.

Tambahnya lagi, cuaca panas dan musim kemarau sudah tentu menjejaskan sumber air ke sawah padi dan mengakibatkan hasil tuaian yang lemah.

Mohamad berkata dengan mengambil kira faktor ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 untuk membeli paip air dan pam bagi membantu petani yang menghadapi masalah kekurangan air untuk sawah mereka.

–Bernama

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)