Majikan diseru laksanakan Aturan Kerja Fleksibel demi kesejahteraan pekerja – KESUMA

HomeFeaturedBerita Semasa

Majikan diseru laksanakan Aturan Kerja Fleksibel demi kesejahteraan pekerja – KESUMA

PUTRAJAYA,. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan sektor swasta untuk mengadaptasi Aturan Kerja Fleksibel (AKF) sebagai langkah strategik b

Iran mulakan istiadat penghormatan terakhir untuk Khamenei
Komunikasi ibu bapa dan anak kunci keluarga sejahtera, masyarakat berdisiplin – Nancy
Produktiviti buruh catat pertumbuhan positif di kebanyakan negeri pada 2024 – DOSM

PUTRAJAYA,. Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan sektor swasta untuk mengadaptasi Aturan Kerja Fleksibel (AKF) sebagai langkah strategik bagi meningkatkan keberkesanan organisasi dan menyokong kesejahteraan pekerja, berikutan kenaikan kos tenaga dan ketidaktentuan ekonomi global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menggesa sektor swasta untuk melaksanakan polisi kerja yang lebih fleksibel, termasuk pilihan bekerja dari rumah, KESUMA menekankan bahawa AKF dapat membantu majikan mengoptimumkan penggunaan sumber sambil mengekalkan produktiviti.

Pendekatan yang boleh dilaksanakan termasuk bekerja dari rumah, waktu kerja anjal, penggiliran kerja, atau model hibrid, bergantung kepada keperluan operasi organisasi.

Di bawah pindaan Akta Kerja 1955 [Akta 265], yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023, pekerja kini boleh membuat permohonan rasmi untuk pelaksanaan aturan kerja fleksibel.

Seksyen 60P dan 60Q membenarkan penyesuaian dari segi waktu bekerja, hari bekerja atau lokasi kerja tanpa menjejaskan faedah yang diperuntukkan di bawah akta seperti bayaran kerja lebih masa, bayaran hari rehat, bayaran hari cuti umum, cuti tahunan, atau cuti sakit.

Bagi menyokong pelaksanaan AKF, KESUMA melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) menyediakan perkhidmatan nasihat, latihan, serta perkongsian amalan terbaik untuk majikan.

JTKSM juga telah menerbitkan Garis Panduan Pelaksanaan AKF 2024, yang boleh dimuat turun di https://www.mohr.gov.my/images/pdf/Garis%20Panduan%20AKF%202024.pdf.

Majikan boleh mendapatkan maklumat lanjut atau menyertai inisiatif berkaitan AKF melalui TalentCorp di [email protected] atau laman web www.flexworklife.my.

KESUMA menggesa semua organisasi sektor swasta untuk menilai kesesuaian pelaksanaan AKF dalam operasi masing-masing. Setiap organisasi digalakkan menilai bagaimana AKF boleh diterapkan secara efektif berdasarkan keperluan operasi mereka.

Selain itu, kementerian menyarankan pendekatan pelaksanaan secara berperingkat bagi memastikan integrasi berjalan lancar tanpa mengganggu proses perniagaan.

Majikan juga digalakkan memanfaatkan sepenuhnya sokongan dan garis panduan yang disediakan oleh JTKSM dan TalentCorp untuk memastikan AKF dilaksanakan dengan berkesan dan efisien.

Kementerian menegaskan komitmennya untuk memastikan kesejahteraan pekerja dan kelangsungan perniagaan selari dalam menghadapi cabaran global.