Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Gabungngan Persatuan PA/PPR, DBKL WPKL

Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Gabungngan Persatuan PA/PPR, DBKL WPKL

KUALA LUMPUR,. Persatuan Penduduk Desa Rejang dengan gabungan persatuan PA/PPR, DBKL WPKL,Surau Muhajirin Desa Rejang telah menganjurkan majlis Khatam Al-Quran Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk perasaan minat, genarasi dan kecintaan terhadap al-Quran kata Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Rejang Encik Ismail Saari,yang juga merangkap pengerusi gabungan Persatuan PA/PPR DBKL.WPKL.

Program yang dirasmikan Dato Ibrahim b. Yusof, adalah bertujuan untuk melahirkan minat dan memahami kandungan isi-isi al-Quran, dan Program ini juga melibatkan semua pengerusi gabungan PA/PPR DBKL,yang dianggarkan sekitar 300 jemaaah lelaki dan wanita berdaftar buat masa ini mungkin dimasa akan datang akan lebih ramai lagi peserta sama – sama mengikuti program ini.

Haji Ismail Saari.Pengerusi Gabungan Persatu Penduduk PA/PPR DBKL,WPKL.

Dengan adanya program seperti ini kita akan dapat melahirkan generasi celik AL-QURAN tidak kira yang tua mahupun yang muda remaja kanak – kanak dan siapa sahaja kita seharusnya memperbanyakan Program Seperti dimasa – masa akan datang tambah beliau lagi.

program ini sewajarnya menjadi program tahunan agar dapat meningkatkan tahap kerohanian dalam diri Masyarakat dikalangan umat islam yang kita semakin tertekan dengan keadaan Zaman yang penuh dengan sumber Teknologi ini mungkin kita juga banyak melihat keadaan remaja yang terlalu banyak leka dengan Gadjet seperti pamaianan game dan dengan kecanggihan teknologi sekarang sememang sukar di bendung kita seharusnya memupuk minat kepada semua remaja ini.

Dan pada progarm ini juga telah menjemput Penceramah, Ustaz zul Afkar Daie Komuniti Yadim, serta Ustaz HJ,Hilmi Abu Bakar,Daie Komuniti Yadim,dan dalam Ceramah nya ada juga banyak menyebut berbagai bentuk bacaan dan kefahaman yang seharusnya semua perlu tahu dan kebaikanya.

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.


Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu

Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.

Kalau dengan cara bergini kita boleh melakukan semua umat islam akan mudah meng Khatam Al- Quran dengan Baiknya.

Al-Quran yang kita miliki bukan sahaja perlu dibaca, malah ia harus dihayati dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.


Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemai rasa kecintaan terhadap Al-Quran dan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai sebahagian daripada amalan harian.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )