Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama

HomeFeaturedBerita Semasa

Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama

KUALA LUMPUR: Penasihat Ketenteraan kepada Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kolonel Shamsuri Noordin dipil

Data peribadi 70,000 penduduk di Singapura bocor dalam persekitaran awan kendalian IBM
Bekas Panglima Tentera Darat didakwa terima lebih RM2.12 juta hasil aktiviti haram
PERKESO; Skim LINDUNG 24 Jam, kemalangan jalan raya di Jalan Karak Lama layak menerima faedah – PERKESO

KUALA LUMPUR: Penasihat Ketenteraan kepada Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kolonel Shamsuri Noordin dipilih sebagai Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja mengenai Peralatan Utama semasa Mesyuarat Kumpulan Kerja Peralatan Milik Kontinjen (COE), baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB memaklumkan, mesyuarat tersebut telah berlangsung dari 19 hingga 30 Jan di Ibu Pejabat PBB di New York.

Pada majlis penutupan, Panglima Angkatan Bersama, Markas Angkatan Bersama Malaysia, Lt Jen Datuk Zahani Zainal Abidin menegaskan semula sokongan padu Malaysia terhadap operasi pengaman PBB, dengan menekankan bahawa keselamatan dan perlindungan anggota pengaman mesti kekal menjadi teras kepada usaha kolektif.

Beliau berkata, Malaysia kekal komited terhadap pelaksanaan berkesan hasil yang dipersetujui serta memperkukuh kemampanan dan impak operasi pengaman PBB.

— BERNAMA

COMMENTS