HYDERABAD,. Malaysia menggalakkan lebih ramai pegawai India untuk menyertai Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai sebahagian usaha memper
HYDERABAD,. Malaysia menggalakkan lebih ramai pegawai India untuk menyertai Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sebagai sebahagian usaha memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara.
Kuasa Usaha Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi Sharifah Ezneeda Wafa Syed Zulkarnain Wafa berkata program itu terus menyumbang pada pertukaran pengetahuan dan pembinaan keupayaan dalam kalangan negara membangun.
“Kami berharap dapat menggalakkan penyertaan yang lebih besar pegawai India dalam kursus MTCP akan datang,” katanya semasa pertemuan dengan sekumpulan bekas peserta MTCP dalam satu acara pada Jumaat.
Acara itu membolehkan peserta berkongsi pengalaman mereka dan membincangkan cara mengukuhkan kerjasama Malaysia-India dalam pendidikan dan latihan profesional.
Suruhanjaya Tinggi turut mengalu-alukan wakil daripada Mera India Mera Adhikar (MIMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang mempromosikan pendidikan dalam kalangan kanak-kanak kurang bernasib baik.
Sepanjang tiga dekad lepas, sebanyak 210 pegawai India telah memperoleh manfaat daripada program latihan dan pembinaan kapasiti di bawah MTCP, satu inisiatif Malaysia dalam berkongsi kepakaran pembangunannya dengan negara membangun.
Sejak diperkenalkan pada 1980, program itu telah menarik 44,000 peserta dari seluruh dunia.
— BERNAMA

