MANILA,. Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. melakukan pemeriksaan akhir di lokasi utama bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Pasay City pada Selasa bagi
MANILA,. Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. melakukan pemeriksaan akhir di lokasi utama bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Pasay City pada Selasa bagi memastikan kesiapsiagaan negara itu menjadi tuan rumah perhimpunan serantau berkenaan, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Marcos meninjau Pusat Media Antarabangsa ASEAN di Pusat Dagangan Dunia Metro Manila sebagai sebahagian daripada persiapan akhir menjelang sidang kemuncak itu yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 17 Nov ini.
Beliau diiringi Pemangku Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden Lino Cayetano, Setiausaha Perdagangan Maria Cristina Roque serta Setiausaha Pelancongan Dita Angara-Mathay.
Marcos turut memeriksa Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), yang akan berfungsi sebagai lokasi utama bagi sidang kemuncak berkenaan dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Dalam satu taklimat media, Pegawai Akhbar Istana Presiden Claire Castro berkata Marcos mahu memastikan kesemua persiapan selesai sebelum ketibaan para pemimpin asing.
Filipina menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Kemuncak Berkaitan selaku pengerusi blok serantau itu bagi tahun 2026.
Perhimpunan serantau tahun ini membawa tema, “Mengemudi Masa Depan Kita Bersama”, yang menekankan perpaduan, daya tahan, inovasi serta pertumbuhan inklusif ASEAN dalam mendepani cabaran serantau dan global yang kian berkembang.
— BERNAMA-PNA

