KANADA KEMBALI KENAKAN SEKATAN TERHADAP ENTITI IRAN

HomeFeaturedBerita Semasa

KANADA KEMBALI KENAKAN SEKATAN TERHADAP ENTITI IRAN

TRENTON (Kanada),. Kanada mengenakan semula sekatan terhadap 11 entiti Iran pada Selasa atas alasan kerajaan negara itu gagal memenuhi komitmen berkai

KUASA PERTENGAHAN, ASEAN BOLEH BANTU RANGKA KEPUTUSAN GLOBAL – MOHAMAD HASAN
Feri percuma sempena Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Agong
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan

TRENTON (Kanada),. Kanada mengenakan semula sekatan terhadap 11 entiti Iran pada Selasa atas alasan kerajaan negara itu gagal memenuhi komitmen berkaitan program nuklearnya, lapor Anadolu Ajansi.

“Kedudukan Kanada tidak berbelah bahagi: Iran sama sekali tidak boleh dibenarkan memperoleh senjata nuklear,” kata Menteri Luar Kanada Anita Anand, dalam satu kenyataan.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi G7 dan masyarakat antarabangsa yang lebih luas ke arah mencapai perjanjian menyeluruh, boleh ditentusahkan dan berkekalan bagi menangani program nuklear Iran serta memperkukuh keselamatan serantau dan antarabangsa,” katanya.

Sekatan itu mula dikenakan pada 2010 sebelum ditarik balik pada 2016 selepas pihak berkuasa berpuas hati bahawa Iran menunjukkan program nuklearnya bukan bertujuan membangunkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, keadaan berubah pada Jun 2025 apabila Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melaporkan bahawa Iran tidak mematuhi komitmennya.

Serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel pada Februari menyebabkan Iran menamatkan “kewajipan perlindungan” dengan IAEA, sekali gus membawa kepada penguatkuasaan semula sekatan berkenaan.

Pada Jun, G7 “menegaskan semula bahawa Iran tidak boleh membangunkan atau memperoleh senjata nuklear”, menurut kenyataan itu.

Sekatan berkenaan “terus mengehadkan akses Iran kepada teknologi sensitif dan sumber pembiayaan di bawah Peraturan Langkah Ekonomi Khas (Iran)”.

“Peraturan itu melarang individu di Kanada dan rakyat Kanada di luar negara daripada menjalankan urus niaga kewangan atau urusan berkaitan harta tertentu dengan individu serta entiti yang disenaraikan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA-ANADOLU