Maxis sokong penyediaan perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk komuniti sasaran

Maxis sokong penyediaan perkhidmatan jalur lebar mampu milik untuk komuniti sasaran

KUCHING,. Pengumuman Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil disambut baik oleh Maxis.

Maxis berkata, syarikat itu sudah merancang untuk menyediakan akses perkhidmatan jalur lebar mampu milik kepada segmen sasaran.

“Golongan tersebut termasuk B40, orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta veteran.

“Sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka, Maxis komited untuk memainkan peranan penting dalam menyokong agenda kerajaan.

“Ini bagi menyediakan kesalinghubungan sebagai perkhidmatan utiliti yang asas dan boleh diakses oleh semua,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Syarikat telekomunikasi tersebut percaya ini merupakan inisiatif penting dan tepat pada masanya.

Ini kerana ia berupaya membantu rakyat Malaysia kekal di hadapan dalam persekitaran yang semakin digital untuk masa lapang, kerja, pendidikan dan hiburan.

Butiran mengenai pelaksanaan Pakej Perpaduan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)