Menteri KPDN membuat ‘spot check’ tanpa diiringi pegawai penguatkuasa

Menteri KPDN membuat ‘spot check’ tanpa diiringi pegawai penguatkuasa

PUTRAJAYA — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Salahuddin Ayub pagi tadi dalam perjalanan ke Pejabat, telah turun padang membuat pemeriksaan mengejut (spot-check) di kedai runcit dan pasar awam sekitar Putrajaya.

Pemeriksaan tersebut adalah secara spontan dan tidak memberitahu pihak pengkuatkuasa KPDN kerana tidak mahu menjadi seperti acara keraian.

Mengikut YB Menteri KPDN beliau hanya ditemani pemandu dan pegawai di iringi yang bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo yang amatur.

Semasa tinjaun, beliau mendapati kekurangan bekalan telur bersubsidi Gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi polibeg 1kg di pasaran runcit.

Menurut Salahuddin, beliau akan mengadakan satu mesyuarat bersama MAFI berkenaan bekalan telur bersubsidi di pasaran dan di masa yang sama telah mengarahkan Bahagian Penguat Kuasa KPDN untuk selesaikan masalah minyak masak bersubsidi 1kg polibeg.

Video pertama Menteri KPDN membuat tinjaun telur dan minyak masak.

Video Kedua – Menteri mendapat maklum balas dari peniaga

 

Kredit Video – Unit Media KPDN

 

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )