
Mesyuarat Kabinet dalam norma baharu guna penghadang lutsinar
KUALA LUMPUR,. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini berlangsung dalam suasana ‘norma baharu’ apabila kedudukan di antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar.
Perdana Menteri berkata, langkah itu bertujuan mengekalkan penjarakan fizikal bagi mewujudkan jarak pemisah antara ahli mesyuarat dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Mesyuarat Jemaah Menteri berlangsung dalam suasana ‘norma baharu’ apabila kedudukan di antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar. – FB Muhyiddin Yassin
“Mesyuarat hari ini juga kali pertama semua ahli Jemaah Menteri dapat berkumpul dan bermesyuarat secara bersemuka di dalam bilik mesyuarat yang sama.
“Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan mengekalkan jarak fizikal, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini dilangsungkan di tiga lokasi berbeza di Bangunan Perdana Putra,” kata menerusi Facebook.
Sebelum ini, kaedah menggunakan penghadang lutsinar diperkenalkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat mulai 3 Ogos lalu sebagai langkah menetapkan penjarakan fizikal.
–BH