Mohamed Azmin ketuai lawatan kerja MITI ke Sabah

Mohamed Azmin ketuai lawatan kerja MITI ke Sabah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Sabah bermula hari ini hingga 9 Ogos, 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini, lawatan tersebut merupakan program berterusan Mohamed Azmin dan MITI untuk meninjau impak penularan wabak COVID-19 secara lebih menyeluruh terhadap industri di negeri-negeri.

Ia susulan lawatan kerja menteri kanan itu ke Johor dan Melaka pada bulan lepas.

Di Kota Kinabalu, beliau dijadualkan melawat beberapa industri yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

MITI berkata selain itu, lawatan tersebut juga akan memberi peluang kepada persatuan-persatuan industri dan usahawan tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana bertemu dengan Mohamed Azmin dalam satu sesi dialog.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )