Mohamed Salah sertai Trabzonspor, terima €17 juta semusim

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Mohamed Salah sertai Trabzonspor, terima €17 juta semusim

ANKARA,. Trabzonspor pada Khamis mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 j

PM Anwar mahu peranan Majlis Media Malaysia diperkukuh demi kebebasan media – Fahmi
PENGALAMAN, REKOD PENTADBIRAN SANDARAN AB RAUF PERTAHAN MELAKA
PAC bincang keperluan siasat pelaburan KWAP dalam eFishery – Mas Ermieyati

ANKARA,. Trabzonspor pada Khamis mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (US$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi.

Anak syarikat bola sepak Trabzonspor, yang merupakan syarikat tersenarai awam mengumumkan perjanjian itu menerusi dokumen yang difailkan kepada Bursa Istanbul dan disiarkan melalui Platform Pendedahan Awam Turkiye (KAP).

Salah akan menerima gaji tahunan sebanyak €10 juta serta bayaran menandatangani kontrak berjumlah €7 juta bagi setiap musim.

Penyerang itu juga layak menerima bonus bersyarat pada setiap musim, namun kelab berkenaan tidak mendedahkan jumlah atau kriteria prestasi yang ditetapkan.

Menerusi perjanjian berasingan berkaitan hak imej, Salah akan menerima 20 peratus daripada hasil jualan produk yang menggunakan namanya dan dipasarkan oleh syarikat peruncitan Trabzonspor.

Kelab itu juga akan membayar yuran ejen bersamaan lima peratus daripada jumlah pendapatan kasar pemain berkenaan.

Perjanjian itu melengkapkan satu daripada perpindahan paling berprofil tinggi dalam sejarah Super Lig Turkiye.

SUMBER;

–BERNAMA-Anadolu