OPEC+ naikkan had pengeluaran minyak 188,000 BPD pada Ogos

HomeFeaturedBerita Semasa

OPEC+ naikkan had pengeluaran minyak 188,000 BPD pada Ogos

VIENNA,. Negara anggota OPEC+ pada Ahad bersetuju menaikkan had pengeluaran minyak bagi Ogos sebanyak 188,000 tong sehari (bpd) berbanding paras Julai

Ekonomi Malaysia Pertumbuhan KDNK dijangka 4.5% pada 2026 – Penganalisis
Pesuruhjaya Tinggi India yang baharu ikrar perkukuh hubungan strategik dengan Malaysia
Iran capai persetujuan dengan Oman berhubung laluan perkapalan Selat Hormuz

VIENNA,. Negara anggota OPEC+ pada Ahad bersetuju menaikkan had pengeluaran minyak bagi Ogos sebanyak 188,000 tong sehari (bpd) berbanding paras Julai, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat maya OPEC+, lapor Xinhua.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat yang dihadiri Arab Saudi, Rusia, Iraq, Kuwait, Kazakhstan, Algeria dan Oman, yang meneliti keadaan semasa serta prospek pasaran minyak global.

Menurut kenyataan itu, sebagai komitmen bersama untuk menyokong kestabilan pasaran minyak, tujuh negara berkenaan bersetuju melaksanakan pelarasan pengeluaran sebanyak 188,000 tong sehari daripada pelarasan sukarela tambahan yang diumumkan pada April 2023. Pelarasan itu akan dilaksanakan mulai Ogos.

Pengurangan pengeluaran secara sukarela sebanyak 1.65 juta tong sehari mula diumumkan pada April 2023 sebelum dilanjutkan sehingga penghujung 2026.

Keputusan yang dibuat pada Ahad itu menandakan bulan kelima berturut-turut OPEC+ meningkatkan pengeluaran minyak walaupun Emiriah Arab Bersatu menarik diri daripada OPEC dan pakatan OPEC+ pada 1 Mei.

Menurut kenyataan itu, tujuh negara berkenaan akan melaraskan pengeluaran secara fleksibel mengikut perubahan keadaan pasaran. Mereka dijadual mengadakan mesyuarat semula pada 2 Ogos bagi membuat keputusan lanjut mengenai pengeluaran bagi September.

SUMBER;

–BERNAMA-XINHUA