PDRM perkukuh keselamatan perairan Sabah – KPN

HomeFeaturedJenayah

PDRM perkukuh keselamatan perairan Sabah – KPN

LAHAD DATU,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan perairan Sabah melalui Kursus Asas Sea Combat Brigade Sabah Pasukan Ge

“Semua pilihan terbuka” bagi menentang rampasan tanah Palestin oleh Israel – Pegawai
Malaysia, Tatarstan teroka potensi besar perluas kerjasama pelbagai bidang – Anwar
MOTAC: Menghargai usaha komuniti menyambut PraGawai kekayaan budaya serta keunikan tradisi

LAHAD DATU,. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan perairan Sabah melalui Kursus Asas Sea Combat Brigade Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2026.

Seramai 43 pegawai dan anggota menamatkan latihan intensif yang diadakan di Batalion 17 PGA dan Pulau Adal, yang menggabungkan teori, praktikal serta latihan medan di perairan Lahad Datu bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kursus itu merupakan inisiatif strategik untuk memastikan anggota sentiasa bersedia menghadapi ancaman maritim termasuk jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan lanun.

“Seramai 43 pegawai dan anggota yang dilatih perlu bersedia dari segi keupayaan mental, fizikal serta tenaga, selaras dengan SOP yang ditetapkan, bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan,” kata Datuk Seri Mohd Khalid kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Kursus Asas Sea Combat Briged Sabah PGA Siri 1, di sini.