PEMIMPIN MEDIA GLOBAL GESA DIALOG, KERJASAMA DIPERKUKUH DEPANI CABARAN KESELAMATAN

HomeFeaturedBerita Semasa

PEMIMPIN MEDIA GLOBAL GESA DIALOG, KERJASAMA DIPERKUKUH DEPANI CABARAN KESELAMATAN

BEIJING,. Wakil media China dan antarabangsa yang menghadiri Sidang Kemuncak Media Dunia (WMS) Ke-7 di Beijing pada Khamis menggesa dialog dan kerjasa

Wartawan Palestin terbunuh di Gaza, angka korban meningkat kepada 262
IRAN: Pentadbiran SELAT HORMUZ Pada Masa Depan Mesti Ambil Kira Aspek Alam Sekitar
Pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan berfungsi seperti biasa, pastikan tadbir urus teratur – Tuanku Muhriz

BEIJING,. Wakil media China dan antarabangsa yang menghadiri Sidang Kemuncak Media Dunia (WMS) Ke-7 di Beijing pada Khamis menggesa dialog dan kerjasama lebih erat bagi menangani cabaran keselamatan global serta menggalakkan pembangunan bersama, lapor Xinhua.

Satu forum mengenai pemerkasaan media pintar diadakan bersempena sidang kemuncak itu, menghimpunkan peserta bagi membincangkan cara media memanfaatkan teknologi canggih, membina kesepakatan dan menyumbang kepada keselamatan global serta pembangunan bersama.

Timbalan Ketua Pengarang Agensi Berita Xinhua Ren Weidong dalam ucapannya berkata organisasi media tidak seharusnya sekadar menjadi pemerhati dalam menghadapi cabaran keselamatan global, sebaliknya perlu berusaha memikul tanggungjawab masing-masing.

Media perlu berperanan sebagai penjaga ketepatan pelaporan fakta, pengguna teknologi canggih, penyebar pelbagai pandangan serta penggerak pertukaran dan kerjasama, sekali gus menghimpunkan kebijaksanaan kolektif bagi memelihara keselamatan global dan menggalakkan pembangunan mampan, kata Ren.

Presiden Pengarah Agensi Berita Antara Indonesia, Abdul Hakim berkata peluang yang diwujudkan menerusi kemajuan infrastruktur tenaga dan kapasiti pengkomputeran perlu turut dimanfaatkan oleh negara membangun.

Transformasi digital juga perlu membolehkan lebih ramai penduduk di luar bandar dan bandar utama mendapat akses kepada maklumat yang boleh dipercayai, katanya.

Masyarakat perlu menerima inovasi sambil berpegang teguh pada prinsip manakala penghasilan berita perlu berlandaskan ketepatan, keadilan dan kejujuran.

Peserta forum turut menggesa kerjasama lebih erat dalam perkongsian hasil kemajuan teknologi dan pembangunan keupayaan profesional, selain menggalakkan pembangunan kecerdasan buatan (AI) ke arah yang lebih selamat, adil dan inklusif.

Sidang Kemuncak Media Dunia Ke-7, anjuran bersama Agensi Berita Xinhua dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Beijing, berlangsung dari 5 hingga 9 Nov di Beijing.

Bertemakan “Media dalam Era Pintar: Daripada Kesepakatan kepada Tindakan”, sidang kemuncak itu menghimpunkan hampir 500 delegasi daripada hampir 330 organisasi media arus perdana, badan pemikir, jabatan kerajaan dan organisasi antarabangsa dari 112 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Mekanisme Sidang Kemuncak Media Dunia diperkenalkan pada 2009 dan merupakan platform global penting bagi pertukaran serta kerjasama media peringkat tinggi.

— BERNAMA-XINHUA