LONDON,. Pelawak dan pelakon British Russell Brand didapati bersalah pada Khamis atas satu pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan serangan seksual, la
LONDON,. Pelawak dan pelakon British Russell Brand didapati bersalah pada Khamis atas satu pertuduhan merogol dan tiga pertuduhan serangan seksual, lapor Anadolu Ajansi.
Brand, 51, berdepan tujuh pertuduhan yang merangkumi tiga pertuduhan merogol, tiga pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan cubaan melakukan serangan tidak senonoh.
Dakwaan berkenaan melibatkan kejadian antara 1999 hingga 2009. Enam wanita yang terlibat dalam kes itu berhak mendapat kerahsiaan identiti sepanjang hayat.
Hakim Justice Bennathan berkata kepada Brand: “Duduk, Encik Brand,” selepas keputusan bersalah diumumkan.
“Memandangkan keputusan bersalah bagi sekurang-kurangnya pertuduhan keenam, jelas bahawa hukuman pemenjaraan untuk tempoh yang agak panjang akan dikenakan,” katanya.
Menyifatkan kes itu sebagai “disediakan dengan sangat rapi,” Bennathan berkata prosiding bagi menentukan hukuman akan berlangsung pada Isnin.
— BERNAMA-ANADOLU

