Penduduk Masih Terkapai-kapai Selepas Kebakaran Putra Heights, Tiada Pelan Dipersembah

Penduduk Masih Terkapai-kapai Selepas Kebakaran Putra Heights, Tiada Pelan Dipersembah

SUBANG JAYA – Penduduk kawasan yang terkesan dalam tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights terus menuntut penjelasan setelah hampir tiga minggu berlalu tanpa pelan pemulihan yang jelas.

Wakil penduduk, Mohd Badly Nordin berkata mereka ingin tahu sama ada rumah mereka akan dibina semula seperti asal atau mengikut standard yang ditentukan oleh pihak SPNB.

“Setiap hari kami tertanya-tanya. Tiada sesi penerangan, tiada komitmen bertulis. Kami masih menunggu,” katanya dengan nada kecewa.

Sebuah Jawatankuasa Bertindak telah dibentuk bagi memperjuangkan hak semua mangsa agar kerajaan negeri tidak mengabaikan nasib mereka yang kehilangan tempat berteduh.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )