Pengurus syarikat rugi RM232,740 terperdaya sindiket tawar kerja sambilan

Pengurus syarikat rugi RM232,740 terperdaya sindiket tawar kerja sambilan

KUANTAN,. Seorang pengurus syarikat rugi RM232,740 selepas terperdaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan dalam talian, yang menjanjikan pendapatan lumayan pada Oktober tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 55 tahun itu, tertarik dengan tawaran tersebut selepas berkenalan dengan suspek melalui Facebook yang menawarkan kerja sambilan melibatkan pengurusan kedai dalam talian di platform e-dagang.

Beliau berkata suspek kemudiannya mengajak mangsa untuk berbincang lebih lanjut mengenai tawaran tersebut menerusi aplikasi WhasApp dan memperdayanya untuk menguruskan perniagaan dalam talian palsu, menerusi laman sesawang yang diberikan.

“Mangsa juga dipelawa untuk membuka sebuah kedai di platform Shopee International Platform di bawah cawangannya dan dijanjikan pulangan keuntungan enam peratus, yang akan dibayar dalam tempoh tujuh hari daripada hasil jualan.

“Dengan syarat perlu mendahulukan modal sendiri bagi melunaskan tempahan pelanggan. Mangsa telah membuat 17 transaksi ke 16 akaun bank berbeza sepanjang 25 Dis hingga 22 Jan, menggunakan wang simpanannya sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata selepas pembayaran dibuat, mangsa tidak menerima sebarang komisyen seperti dijanjikan, bahkan diminta untuk terus membuat pembayaran tambahan.

Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )