Perbadanan Madinah tingkat perkhidmatan pengunjung Masjid Nabawi, penduduk

HomeFeaturedBerita Semasa

Perbadanan Madinah tingkat perkhidmatan pengunjung Masjid Nabawi, penduduk

MADINAH,. Perbadanan Madinah menggerakkan sumbernya bagi meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan sempena bulan suci Ramadan, dengan matlamat menyediak

2,650 SERTAI LARIAN SAWIT HARI MERDEKA 2026 DI SRI MEDAN
Gempa bumi Mindanao: Keselamatan pelajar diutamakan sebelum sesi persekolahan disambung semula
AS dan Iran saling lancar serangan di Selat Hormuz, ketegangan terus memuncak

MADINAH,. Perbadanan Madinah menggerakkan sumbernya bagi meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan sempena bulan suci Ramadan, dengan matlamat menyediakan persekitaran bersepadu untuk pengunjung Masjid Nabawi dan penduduk bandar, sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Perbandaran dan Perumahan.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kerja-kerja tersebut termasuk menanam lebih 7,000 pokok dan menyediakan lebih 1,000 peralatan untuk menyokong operasi di lapangan, selain menempatkan lebih 5,000 kakitangan untuk melayani pengunjung dan penduduk di kawasan pusat bandar.

Usaha itu juga merangkumi pemasangan lebih 2,000 tiang lampu, penyediaan laluan basikal sepanjang melebihi 20,000 meter, serta pengoperasian sembilan platform perkhidmatan elektronik bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada pengunjung dan penduduk.

–BERNAMA