
Perikatan Nasional Sudah Mulakan Kempen Ikut SOP Yang Disarankan
Melaka – Perikatan Nasional (PN) nampaknya sudah memulakan kempen lebih awal sebelum hari Penamaan Calon esok dengan kaedah kempen bergerak menggunakan lori panel LED di sekitar kawasan tumpuan orang ramai.
Lori kempen ini dikesan berlegar-legar sekeliling pusat premis perniagaan di MITC Ayer Keroh hari ini. Kempen kaedah ini bukanlah baru atau asing bahkan telah lama dipraktikkan oleh parti-parti dalam pilihanraya sebelum ini. Cuma kaedah ini bakal menjadi kaedah pilihan utama parti bertanding memandangkan dengan selaras pengumuman SOP terkini dari pihak MKN mengenai cara berkempen untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang agak ketat berbanding SOP ketika PRN Sabah lebih² arahan tidak membenarkan kempen berkumpul seperti kelaziman.
– Joy Reyzal