PERKHIDMATAN DIGITAL BANTU JEMAAH PANTAU KEPADATAN KUMPULAN TAWAF DAN SA’I

HomeFeaturedBerita Semasa

PERKHIDMATAN DIGITAL BANTU JEMAAH PANTAU KEPADATAN KUMPULAN TAWAF DAN SA’I

MAKKAH,. Perkhidmatan digital di Masjidil Haram membolehkan pengunjung memantau kepadatan orang ramai di kawasan Tawaf dan Sa’i menerusi paparan langs

Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
Program Agromarketing Masterclass 2025 FAMA bersama TikTok Shop catat jualan RM12 juta
Selangor semak semula pakej pengurusan mayat bukan Islam

MAKKAH,. Perkhidmatan digital di Masjidil Haram membolehkan pengunjung memantau kepadatan orang ramai di kawasan Tawaf dan Sa’i menerusi paparan langsung, kemas kini masa nyata serta petunjuk yang menyerlahkan waktu kurang sesak bagi memudah cara pergerakan serta ibadah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Peta interaktif Dua Masjid Suci membolehkan jemaah meneroka mercu tanda, kemudahan, lokasi dan laluan utama, sekali gus meningkatkan navigasi serta pengalaman keseluruhan pengunjung.

Peta berkenaan menampilkan kira-kira 950 titik tumpuan, merangkumi Kaabah, Makam Nabi Ibrahim, Safa dan Marwa, Raudhah, Kamar Nabi, mihrab serta Mimbar Nabi.

Platform itu menyediakan lebih 100,000 potensi laluan yang dikategorikan kepada lebih 17 jenis berbeza, selain mengandungi lebih 650 kod respons pantas (QR) bagi membolehkan maklumat dicapai dengan mudah.

Di samping itu, lebih enam skrin interaktif turut disediakan di lokasi bagi tujuan navigasi, merangkumi laluan dan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU).

Inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Pihak Berkuasa Am bagi Pengurusan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam memperluaskan perkhidmatan pintar, meningkatkan kecapaian serta meningkatkan kepuasan penziarah.

— BERNAMA-SPA