Perlawanan EPL diadakan secara tertutup

Perlawanan EPL diadakan secara tertutup

LONDON,. Bos Liga Perdana Inggeris (EPL) dilaporkan sudah mempunyai perancangan bagi menyelamatkan kempen musim ini.

Menurut laporan The Sun, mereka bersedia untuk meneruskan baki 92 perlawanan musim ini secara tertutup dengan setiap perlawanan disiarkan secara langsung di televisyen.

Perlawanan juga berkemungkinan besar diadakan di dua atau tiga gelanggang berkecuali dengan kemungkinan diadakan di Midlands pada waktu yang berbeza.

Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam memutuskan untuk menangguhkan Euro 2020 selama 12 bulan yang mana ia akan diadakan pada 2021 susulan penularan COVID-19.

Keputusan itu sekali gus memberi ruang buat saingan liga domestik yang sebelum ini ditangguhkan kembali diteruskan.

Kelab Liga Perdana sebelum ini menyuarakan kebimbangan yang mana mereka akan menjadi satu-satunya kejohanan yang tidak sempat untuk ditamatkan sebelum hujung Jun.

Difahamkan, pegawai tertinggi Liga Perdana sudah pun mengadakan perbincangan dengan bos UEFA, Aleksander Caferin bagi memaklumkan yang mereka mempunyai baki perlawanan yang lebih banyak berbanding saingan liga di Sepanyol dan Itali.

Kelab akan dimaklumkan mengenai perancangan terbaru itu pada mesyuarat yang dijadual berlangsung, esok.

Satu stadium berkemungkinan besar akan berlangsung lebih daripada satu perlawanan dengan pasukan bermain setiap tiga hari bagi memastikan saingan liga tamat mengikut jadual.

Dengan menghadkan jumlah penggunaan stadium, ia dijangka mampu mengurangkan jumlah kakitangan perubatan dan polis yang bertugas. – Agensi

CATEGORIES
TAGS
Share This