Polis gempur tiga kondominium jadi pusat panggilan, 11 individu ditahan

HomeFeaturedJenayah

Polis gempur tiga kondominium jadi pusat panggilan, 11 individu ditahan

GEORGE TOWN,. Polis menahan 11 individu termasuk warga asing selepas menggempur tiga kondominium di sekitar Sungai Nibong, di sini, yang dipercayai di

Polis serbu pusat panggilan love scam sasar warga Jepun, tahan 13 individu
Dua ditahan bersama dadah RM57.15 juta di Muar
PDRM tumpaskan kumpulan culik warga Korea Selatan, bekukan kripto RM11.5 juta

GEORGE TOWN,. Polis menahan 11 individu termasuk warga asing selepas menggempur tiga kondominium di sekitar Sungai Nibong, di sini, yang dipercayai dijadikan pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata serbuan dilakukan pada Jumaat lepas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Pulau Pinang, hasil maklumat dan risikan.

“Tangkapan terdiri daripada tiga lelaki warga China, dua lelaki warga Taiwan, dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam, seorang lelaki Jepun serta dua lelaki warga tempatan berusia 21 hingga 56 tahun.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek berperanan sebagai pekerja khidmat pelanggan yang menjalankan kegiatan membuka akaun Facebook palsu untuk tujuan penipuan dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azizee berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu dipercayai mula beroperasi awal April tahun ini dengan menyasarkan mangsa dari China, Jepun, Taiwan dan Vietnam melalui platform media sosial berkenaan.

Beliau berkata dalam serbuan pertama, polis merampas pelbagai barangan iaitu 11 telefon bimbit jenis iPhone, sebuah router WiFi, satu set kunci rumah, sekeping bil Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebuah iPad, sebuah komputer riba, tiga tetikus dan satu pengecas komputer riba.

Turut dirampas sebuah buku nota, dua skrin komputer (monitor pc), dua unit pemprosesan pusat (CPU), dua papan kekunci serta satu suis Internet jenama TP-Link.

Dalam serbuan kedua pula, beliau berkata polis merampas sebuah telefon bimbit pelbagai jenama dan satu set kunci rumah.

Beliau berkata soal siasat mendapati suspek mengaku mula bekerja sebagai pekerja khidmat pelanggan sejak awal April di sekitar Sungai Nibong bagi menjalankan aktiviti penipuan tersebut.

Katanya, kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

–BERNAMA