PRESIDEN INDONESIA TIBA DI DELHI UNTUK HADIRI SIDANG KEMUNCAK BRICS

HomeFeaturedBerita Semasa

PRESIDEN INDONESIA TIBA DI DELHI UNTUK HADIRI SIDANG KEMUNCAK BRICS

HYDERABAD,. Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di New Delhi pada Jumaat malam bagi menyertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang berlangsung di ibu

KPM siasat dakwaan penjualan kertas soalan SPM
Hakim AS batalkan larangan visa imigresen Trump libatkan 75 negara
Isu panas serantau bakal uji kepimpinan Filipina sebagai Pengerusi ASEAN

HYDERABAD,. Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di New Delhi pada Jumaat malam bagi menyertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18 yang berlangsung di ibu negara India itu pada Sabtu dan Ahad.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Negara bagi Arang Batu India Satish Chandra Dubey.

Kali terakhir Prabowo melawat India pada Januari 2025 apabila beliau menjadi tetamu kehormat pada perbarisan Hari Republik.

India menganjurkan mesyuarat kepimpinan BRICS tahun ini di bawah tema “Membina untuk Daya Tahan, Inovasi, Kerjasama dan Kelestarian”.

Turut tiba pada Jumaat termasuk Presiden Burundi Evariste Ndayishimiye, yang mewakili Kesatuan Afrika pada Sidang Kemuncak BRICS berkenaan.

— BERNAMA