
PRN: Calon dinasihatkan tidak sentuh isu 3R semasa berkempen – OCPD Subang Jaya
SUBANG — Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat menasihatkan calon yang bertanding di PRN DUN Subang Jaya agar tidak sentuh isu 3R — Agama (Religion), Raja (Royal) & Bangsa (Race).
Beliau memberitahu pemberita semasa membuat tinjaun proses penamaan calon DUN Subang Jaya di Kompleks 3K hari ini.
“Pada taklimat keselamatan yang diberikan kepada wakil calon yang akan bertanding, pihak polis telah menasihatkan agar topik hangat tidak disentuh semasa kempen atau ceramah.”
Beliau juga turut menasihati orang ramai yang akan hadir mendengar ceramah atau kempen menjaga tata susila.
ACP Wan Azlan turut mengingatkan calon untuk mendapatkan permit polis pada masa yang ditetapkan bagi melancarkan proses kelulusan.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga mengingatkan, parti-parti politik agar tidak menyentuh aspek 3R semasa Pilihan Raya Negeri (PRN).
Tan Sri Razarudin Husain berkata, isu-isu sensitif berkaitan aspek 3R boleh mendatangkan ketidakharmonian kepada masyarakat di negara ini dan perkara itu mesti dielakkan.
Pihak Polis dari IPD Subang Jaya, MBSJ dan Pemerhati SPR telah memastikan proses penamaan calon di DUN N31 Subang Jaya pada pagi ini berjalan lancar.