Program MyLESEN GDL 2.0 wujudkan 700 peluang pekerjaan

Program MyLESEN GDL 2.0 wujudkan 700 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA,. Program MyLESEN Goods Driving License 2.0 (GDL 2.0), yang disasarkan bagi membantu syarikat-syarikat pengangkutan dan logistik menangani masalah kekurangan pemandu, menawarkan peluang pekerjaan kepada 700 rakyat Malaysia untuk menjadi penghantar barang secara profesional.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kementerian Pengangkutan telah memulakan pendaftaran bagi program GDL 2.0 itu.

Beliau berkata pendaftaran untuk program itu dibuka sehingga 31 Dis bagi rakyat Malaysia berumur 21 dan keatas yang memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D atau E, dan calon mestilah tidak disenaraihitamkan berada oleh mahkamah, JPJ atau polis.

“Kerajaan akan mensubsidi calon-calon yang berhasrat mengambil lesen E penuh dan lesen lori GDL Bersendi (Arculated), bagi membolehkan mereka memenuhi kekosongan dalam industri logistik,” katanya dan menambah calon juga akan memberi elaun sekali bayar RM500.

Wee berkata kursus memandu juga akan diadakan di sekolah-sekolah memandu bertauliah yang terpilih di seluruh negara.

Calon berpotensi yang berminat boleh mendaftar menerusi laman web https://forms.gle/S6ryiJcaXaiFsJLz7 (Syarikat) dan https://forms.gle/hTvePaM6bTesTxdE8 (Calon).

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )