Proses pendaftaran platform media sosial di Malaysia bermula 1 Januari 2025.

Proses pendaftaran platform media sosial di Malaysia bermula 1 Januari 2025.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan memberi lesen untuk platform media sosial. Dengan bermulanya tahun baru 2025, arahan ini sudah pun berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, semalam.

Dengan langkah ini, semua platform media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna perlu mendapatkan kebenaran untuk beroperasi di Malaysia. Jika tidak, mereka telah melakukan kesalahan terhadap undang-undang yang ada.

Proses perlesenan ini dibuat supaya pengendali lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform mereka. Ia juga bertujuan untuk mengawal kandungan yang tidak selamat seperti bahan lucah, perjudian, dan penipuan.

Proses perlesenan ini adalah untuk peneydia laman media sosial, bukan untuk orang perseorangan.

Untuk memohon lesen sekarang, anda perlu menggunakan 8 jenis media sosial, iaitu WhatsApp, Facebook, Instagram, X (dahulu dikenali sebagai Twitter), YouTube, Telegram, WeChat, dan TikTok.

Namun, hingga kini, tiada lesen yang diberikan, jadi semua platform ini sekarang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Kerajaan belum memutuskan apa yang akan dilakukan mengenai perkara ini, tetapi mereka telah menyatakan bahawa buat masa ini, mereka tidak akan menghalang akses ke platform itu.

Menurut laporan terbaru, Telegram dan WeChat dilaporkan sedang memulakan langkah untuk memohon lesen.

Platform yang didapati melanggar peraturan lesen baru ini boleh didenda sehingga RM500,000, dan akan dikenakan denda tambahan setiap hari jika kesalahan itu berterusan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS Wordpress (0) Disqus ( )