Resorts World Genting MoU Persefahaman RWG, Farm Fresh Dan Aqina Farm

Resorts World Genting MoU Persefahaman RWG, Farm Fresh Dan Aqina Farm

GENTING HIGHLAND,. Resorts World Genting pada hari ini menyaksikan dua (2) lagi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Farm Fresh, dan Aqina Farm pada hari kedua ekspo disini hari ini.

MoU antara RWG dan Farm Fresh akan memfokuskan kepada pelaksanaan kempen pemasaran bersama untuk mempromosikan kesedaran pemakanan dan gaya hidup sihat di RWG, manakala perjanjian dengan Aqina Farm akan meneroka pembelian nenas yang ditanam dengan matlamat menyokong petani B40.

Pelancaran Genting SustainBiz F&B menandakan permulaan tiga hari yang padat dengan bengkel percuma, peluang jaringan dengan pembeli terkemuka, serta sesi perkongsian mengenai perkembangan terkini dalam amalan makanan dan minuman lestari di Resorts World Genting.

Dalam majlis tersebut, tujuh (7) chef daripada Superchef Squad Resorts World Genting telah dianugerahkan lencana sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada industri makanan dan minuman.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Operasi RWG, Lee Thiam Kit, dan disaksikan oleh Jenniffer Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan HAPA, serta Peter Dewey Foster, Naib Presiden Eksekutif Hiburan, Hospitaliti, dan Gaya Hidup.

Ekspo hijau pertama yang diadakan pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut disambut dengan penuh semangat oleh Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam RWG.

Beliau berkata, “Ekspo Genting SustainBiz F&B dirangka untuk mempamerkan dinamik transformasi sektor makanan dan minuman (F&B) dan MICE di Malaysia. Fokus kami terhadap F&B yang lestari adalah selaras dengan komitmen kami yang terus berkembang terhadap pembangunan mampan di kawasan perbukitan ini.”

“Kami berhasrat untuk mencapai tahap yang setanding dengan FHA-HoReCa di Singapura, dengan
matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat utama MICE serantau untuk makanan dan minuman lestari,” tambahnya.

Ekspo Genting SustainBiz F&B dijangka menarik kehadiran seramai 3,000 pengunjung dengan 50 jenama multinasional dan tempatan sebagai pempamer sepanjang tiga (3) hari pameran ini.

Ekspo ini akan mempamerkan idea dan konsep inovatif dalam pengeluaran makanan lestari, pembungkusan dan pengurusan sisa makanan, amalan pertanian regeneratif, penyelidikan inovatif makanan, serta peralatan komersial mesra alam.

Antara jenama terkemuka dan tempatan yang turut serta adalah Nestle, Cremer Sustainable Foods, Kimberly-Clark, Gelatomio, World New Energy, Temasek Polytechnic Singapore, Sunway University, Taylor’s University dan Farm Fresh.

Pengunjung berpeluang untuk menyertai pembentangan yang memberi inspirasi dan terlibat dalam perbincangan panel mengenai perkembangan semasa dan cabaran dalam makanan lestari, yang akan dikendalikan oleh pengacara profesional, Freda Liu dan Adrian Seet.

Selain itu, Nestle Malaysia dan Superchef Squad Resorts World Genting akan memeriahkan majlis dengan pelbagai demonstrasi memasak berasaskan tumbuhan dan lestari, serta sesi mencuba makanan yang lazat.

Kemasukan ke ekspo ini adalah percuma untuk semua pengunjung selepas pendaftaran.

Ekspo Genting SustainBiz F&B ini dianjurkan dengan kerjasama Comexposium Asia Pacific dan disokong oleh Malaysia
Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) sebagai rakan strategik, VISA Malaysia sebagai penaja platinum,
serta Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur, AirAsia Ride, Borneo Springs Natural Mineral Water, Hap
Seng Star, dan Mercedes-Benz sebagai rakan sokongan. Resorts World Tours adalah penyedia perkhidmatan pelancongan rasmi. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rwgenting.com/sustainbiz.

–GERBANGPOST

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )