Ribuan tinggalkan Republik Demokratik Kongo selepas gunung berapi meletup

Ribuan tinggalkan Republik Demokratik Kongo selepas gunung berapi meletup

KIGALI: Sekurang-kurangnya 3,000 orang telah meninggalkan sebuah bandar di timur Republik Demokratik Kongo (DRC) untuk ke Rwanda semalam selepas Gunung Berapi Nyiragongo meletus. Pihak kerajaan mengarahkan arahan pemindahan selepas gunung berapi yang melatari bandar wilayah Goma itu mula meletus kelmarin.

“Sekurang-kurangnya 3,000 orang dari Goma di DRC telah merentasi sempadan ke Rwanda,” menurut badan penyiaran awam Rwanda Broadcast Agency dalam Twitter sambil memetik jumlah terkini daripada pihak berkuasa imigresen Rwanda di sempadan Rwanda-DRC.

Kenyataan itu turut me-nunjukkan gambar-gambar penduduk yang tiba di daerah Rubavu di Rwanda sambil menjelaskan mereka akan ditempatkan di beberapa sekolah dan rumah ibadat yang telah disediakan.

Duta Rwanda ke DRC Vincent Karega menyatakan dalam Twitter bahawa sempadan telah dibuka dan penduduk negara jiran disambut dengan aman. Lahar mengalir sehingga lapangan terbang di bandar DRC itu awal semalam, manakala seorang pegawai dari Taman Negara Virunga di mana gunung berapi itu terletak memberitahu kakitangannya situasi semakin teruk.

Sebelum itu, ketika gunung berapi mula mengeluarkan bau sulfur yang melitupi bandar Goma di pantai Lake Kivu, menurut seorang koresponden. Goma, bandar utama wilayah Kivu Utara, mempunyai hampir 600,000 penduduk dan 12 daerah.

Rancangan pemindahan oleh pihak berkuasa mengharapkan dua pertiga penduduk akan pergi ke Rwanda.

Letusan besar sebelum ini di Nyiragongo berlaku pada 17 Januari, 2002 yang me-ngorbankan lebih 100 orang, meliputi hampir seluruh bahagian timur Goma dengan lahar termasuk separuh daripada landasan lapangan terbangnya.

— Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )