Ringgit dibuka tinggi pada pagi

Ringgit dibuka tinggi pada pagi

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar US, dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang lemah ke atas dolar US selepas Rizab Persekutuan US (Fed) mengekalkan kadar faedah, dan memberi bayangan bahawa angka itu tidak akan berubah dalam tempoh terdekat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1520/1570 berbanding dolar US daripada 4.1630/1660 pada penutupan Rabu.

Ketua strategi pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata langkah Fed yang cenderung kepada kadar faedah rendah itu mengekang peningkatan dolar.

“Ringgit dibuka tinggi hasil daripada keputusan Fed,selain harga minyak yang kukuh disokong oleh perjanjian OPEC + terkini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.6237/6309 daripada 4.6139/6180 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4835/4906 daripada 5.4689/4745 pada penutupan Rabu.

Runggit tinggi berbanding yen pada 3.8271/8324 daripada 3.8298/8333 dan lebih baik berbanding dolar Singapura kepada 3.0601/0650 daripada 3.0613/0639 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)