Ringgit dibuka tinggi pagi ini

Ringgit dibuka tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang AS itu menunjukkan penurunan yang ketara susulan lelongan bon lima tahun AS yang amat kukuh, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.6110/6145 berbanding dolar AS daripada 4.6275/6330 pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata lelongan bon AS yang kukuh membawa kepada penurunan hasil 10 tahun AS, jatuh di bawah 3.80 peratus.

“Ini menjadi petunjuk yang kukuh bahawa pelabur menjangka pengurangan kadar yang ketara oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada tahun akan datang.

“Perkembangan ini akan memberi prospek yang baik kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.

Innes turut mengekalkan jangkaannya bahawa kadar pertukaran USD/MYR akan diniagakan di bawah 4.60, kemungkinan bukan pada minggu ini tetapi pastinya pada awal tahun 2024 jika hasil AS terus merosot.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.2589/2616 daripada 3.2453/2494 pada Rabu, susut berbanding euro kepada 5.1251/1290 daripada 5.1152/1213 dan turun berbanding pound kepada 5.9030/9075 daripada 5.8862/8932 semalam.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, meningkat berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4956/4985 daripada 3.5001/5045 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.30 daripada 8.31/8.33 pada Rabu.

Ringgit turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.4486/4651 daripada 13.4559/4790 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.2 daripada 299.8/300.4 sebelum ini.

-BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)