RMK-11: RM64.87 bil diperuntuk bagi projek infrastruktur Pantai Timur

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 1,301 projek infrastruktur dengan kos RM64.87 bilion telah dilaksanakan di negeri-negeri Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) (2016-2020).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata sebanyak 517 projek telah siap dan 784 projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Daripada angka keseluruhan pembangunan infrastruktur berkenaan, 415 projek adalah di negeri Kelantan (RM18.53 bilion), 483 projek di Pahang (RM26.56 bilion) dan 403 projek di Terengganu (RM19.77 bilion).

Beliau menjawab pertanyaan Tengku Zulpuri Raja Puji (DAP-Raub) yang ingin tahu tahap kemajuan projek-projek infrastruktur RMK-11 di Pantai Timur.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )